Pada tahun 2019, direcTani ditubuhkan sebagai sebuah perusahaan sosial yang berhasrat meraih keuntungan perniagaan pertanian sebenar, khas buat petani, nelayan dan pengguna.
direcTani bertujuan untuk meningkatkan pengagihan pendapatan dari segi hasil pertanian dan laut dengan cara menambah baik reka bentuk rantaian bekalan supaya petani dan nelayan menikmati peratusan harga akhir yang lebih tinggi.
PADA MASA INI, PARA PETANI DAN NELAYAN HANYA MENERIMA SEHINGGA 30% DARIPADA HASIL PENGELUARAN MEREKA.
Contohnya, nelayan hanya menerima sebanyak RM 3.00 sekilogram untuk Ikan Kembung yang berharga RM 15 sekilogram. Petani menerima RM 2.40 sekilogram secara purata daripada jualan tomato tempatan yang dijual pada harga RM 8.00 sekilogram di pasaran.
MENINGKATKAN TARAF HIDUP MEREKA PETANI DAN NELAYAN
Sudah tiba masanya buat para petani dan nelayan setempat memperoleh peratusan yang lebih besar agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup, sambil memastikan hasil produk mereka dijual pada harga berpatutan kepada pembeli.
MEMBELI PRODUK DI direcTani #SOKONGLOKAL
Kami mempunyai petani dan nelayan yang menawarkan hasil produk dengan kualiti terbaik pada harga berpatutan.